Sk Sebayan, Kudat

Sk Sebayan, Kudat

19 May 2010

Perkampungan Wifi

PELANCARAN KAMPUNG WIFI KE ARAH MERAKYATKAN JALUR LEBAR

Sarawak tidak terpinggir dalam inisiatif jalur lebar negara

Sibu, Sarawak 12 Mei 2010 – Pelancaran KampungWiFi di Kampung Bahagia Jaya, Teku di Sibu, Sarawak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi tanpa wayar atau ’wireless-fidelity’ (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan atau ’connectivity’ kepada perkhidmatan Internet di Sarawak.
Majlis dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Hadir sama Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi SKMM serta penduduk Kampung Bahagia Jaya serta komuniti-komuniti sekitarnya, wakil-wakil dari Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan serta industri. Projek Kampung WiFi di Kampung Bahagia Jaya, Teku dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat Pernec Paypoint Sdn Bhd.

Menurut Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi SKMM ”Sarawak tidak akan dipinggirkan dalam pelaksanaan dasar Jalur Lebar Nasional (NBI). Pelbagai perancangan telah disusun untuk meningkatkan infrastruktur bagi menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dalam dasar NBI di negeri Kenyalang ini.”

No comments:

Post a Comment